mytutor_mobile
Profile Picture

Nurul Fikrah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Pendidikan (kepujian) Pendidikan Khas

Jerteh, Terengganu

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya Nurul Fikrah Binti Aziz, pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pendidikan Khas. Saya mempunyai major dalam Pendidikan Khas dan Minor dalam subjek Bahasa Melayu. Saya berpengalaman menjadi tutor secara atas talian bagi subjek Bahasa Melayu dan Sejarah murid sekolah menengah selama 2 fasa bermula iaitu pada sesi 2020/2021 dan 2021/2022 di bawah program empower NCER Pulau Pinang yang telah berkolaborasi dengan pihak Universiti Sains Malaysia. Selain itu saya juga berpengalaman menjadi tutor di Pusat Tuisyen Cahaya, Tembila Besut, Terengganu. Saya telah berpeluang mengajar kanak untuk penguasaan 3M (Membaca, Menulis & Mengira). Disamping itu, saya juga turut berpeluang untuk mengajar murid darjah 1,2 dan 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Saya yakin dengan pengalaman, kebolehan dan Latihan Mengajar yang saya lalui sebelum ini membantu saya untuk menyampaikan input pelajaran dengan baik dan juga memberi kesedaran kepada kanak-kanak dan remaja pentingnya pendidikan untuk kemaslahatan masa hadapan.
Teknik Pengajaran
Dengan pengalaman sebagai pelajar lepasan pendidikan dan juga pengalaman bekerja sebagai tutor, saya menggunakan pelbagai teknik pengajaran dengan melihat kepada keupayaan murid dan persekitaran.

Antara teknik pengajaran yang saya gunakan ialah teknik belajar sambil bermain iaitu saya telah membuat pengabungjalinan antara permainan visual dan pengajaran terus. Saya memperoleh impak positif daripada teknik ini kerana ia bukan sahaja dapat menarik minat murid bahkan dapat mengukuhkan kefahaman mereka dalam satu-satu topik pengajaran.

Teknik seterusnya yang bekesan ialah teknik sumbangsaran, dimana semua murid boleh melontarkan idea masing-masing tentang subtopik yang dipelajari.

Dengan beberapa teknik pengajaran yang saya gunakan, saya percaya saya dapat melahirkan murid yang berkeupayaan dan cemerlang dalam pelajaran
Subjek
Subjek Tahap
Sejarah STPM - Tingkatan 6
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 3
Bahasa Melayu Darjah 2, Darjah 3
Mengaji - Iqra Darjah 3
Jawi Darjah 3
Mengaji - Al-Quran Mengaji