mytutor_mobile
Profile Picture

Sharifah Nurin *******

(Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Diploma Sains

Universiti Teknologi MARA (Tapah) (Sedang Belajar)

Kuala Terengganu, Terengganu

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya sharifah nurin merupakan pelajar sepenuh masa dalam bidang sains. Memandangkan saya adalah pelajar asas sains tulen sejak bangku sekolah menengah lagi sehingga sekarang, maka major saya adalah dalam bidang sains tulen terutamanya kimia manakala subjek matematik adalah minor saya. Walaupun saya bukan dari bidang pendidikan, namun, saya mempunyai kelebihan dalam mengajar. Disebabkan itu, rakan-rakan kuliah saya sering mendapatkan tunjuk ajar daripada saya dalam subjek tertentu.
Teknik Pengajaran
Bagi pelajar sekolah menengah, teknik pengajaran yang akan saya tumpukan adalah dengan mengajar sambil memfokuskan kepada soalan-soalan berstruktur peperiksaan sebenar bagi memudahkan pelajar untuk mendapat gambaran soalan-soalan peperiksaan bagi memudahkan mereka untuk “trick” corak soalan peperiksaan. Sebagai seorang pelajar, saya sedia maklum bahawa bukan semua pelajar rajin untuk menjawab soalan setiap kali selepas sesi pembelajaran. Perkara ini sedikit sebanyak akan menjejaskan mereka kerana mereka mungkin hanya “faham” di kelas sahaja tetapi hakikatnya, selepas itu mereka mungkin akan lupa kembali apa yang dipelajari dan perlu membuat revision semula untuk menjawab soalan. Justeru, saya memilih pendekatan ini supaya mereka dapat melihat sejauh mana fokus dan kefahaman mereka sewaktu kelas.

Bagi pelajar prasekolah/sekolah rendah pula saya akan menggunakan pendekatan “game” untuk menarik minat mereka untuk belajar.
Subjek
Subjek Tahap
Kimia - Bahasa Melayu Tingkatan 5
Matematik Tadika
Bahasa Melayu Tadika