mytutor_mobile
Profile Picture

Ahmad Iqbal *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Accounting

Universiti Kuala Lumpur Business School (Sedang Belajar)

Wangsa Maju, WP Kuala Lumpur

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan pelajar sarjana muda sepenuh masa yang bakal menamatkan pengajian di universiti pada tahun ini. Major saya ialah dalam bidang perakaunan dan mula belajar subjek ini sejak dari sekolah menengah sehingga ke peringkat sarjana muda. Saya juga merupakan pelajar yang mendapat Anugerah Naib Canselor di peringkat diploma oleh kerana saya berjaya mendapat keputusan dekan setiap semester. Saya juga ada pengalaman latihan industri dalam bidang perakaunan selama 8 bulan di sebuah syarikat perakaunan di Kuala Lumpur. Dengan pengalaman dan pengetahuan saya dalam bidang perakaunan, saya yakin saya mampu berkongsi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan dalam bidang ini kepada semua.
Teknik Pengajaran
Bagi saya, cara paling mudah untuk memberi kefahaman paling berkesan kepada murid ialah dengan menjelaskan setiap terma baru dengan penerangan yang ringkas serta contoh sebenar. Kebanyakan murid sukar untuk memahami dengan hanya membaca ayat formal daripada buku teks, jadi mereka perlukan seorang yang mampu memberi ilustrasi mudah daripada contoh sebenar di alam pekerjaan dan saya merasakan saya mampu untuk membuat demikian. Dengan kefahaman teori yang saya ada, saya akan mudahkan setiap terma yang murid akan belajar supaya mereka benar benar faham apa yang dimaksudkan di dalam buku teks.
Subjek
Subjek Tahap
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4
Matematik Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4