mytutor_mobile
Profile Picture

Iza Mardiana *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pengurusan Sistem Pejabat

Universiti Teknologi MARA (Kota Samarahan) (Telah Bergraduasi)

Kota Samarahan, Sarawak

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum/Salam Sejahtera. Perkenalkan, saya Cikgu Iza. Saya mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru ganti di sekolah menengah dalam subjek Pengajian Perniagaan (Tingkatan 6) dan Bahasa Melayu (TIngkatan 1, 2, dan 4). Subjek Bahasa Melayu merupakan subjek major saya manakala subjek Pengajian Perniagaan pula berkait rapat dengan pengkhususan saya di universiti. Sebagai seorang yang berjiwa pendidik, saya peka akan pencapaian dan penilaian murid dengan sentiasa memberi motivasi yang berterusan. Saya juga telah berjaya meningkatkan keputusan peperiksaan akhir (UASA) Bahasa Melayu dengan penambahan markah dan gred murid-murid. Inginkan peningkatan cemerlang dalam peperiksaan anak anda? Hubungi saya segera.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya lebih kepada mengaplikasikan komunikasi secara dua hala antara guru dan murid. Saya akan menjelaskan objektif pengajaran dan pembelajaran kepada murid supaya mereka mendapat gambaran tentang topik yang akan dipelajari. Penyediaan nota ringkas dan formula mudah mengingat juga diperkenalkan kepada murid-murid dengan pelbagai pendekatan yang mudah diadaptasi. Saya juga menerapkan unsur didik hibur dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan fokus dan minat murid.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Tingkatan 1, Tingkatan 2, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4