Profile Picture

Nur Farahin *******

(Physical)

Sarjana Muda - Geologi

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Graduated)

Masjid Tanah, Melaka

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Farah. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman kurang daripada setahun dalam mendidik. Walaupun saya bukan berasal daripada jurusan pendidikan, saya pernah mengajar rakan sebaya dalam subjek kimia dan perakaunan (sekolah menengah). Hasilnya, rakan-rakan saya berjaya mendapatkan keputusan A daripada C. Selain itu, saya pernah menjadi tutor kepada seorang pelajar lelaki Cina berumur 10 tahun dirumahnya, mengajar subjek Bahasa Melayu. Saya sangat flexibel dalam mengajar seseorang kerana bagi saya, seronok semasa belajar itu penting. Jadi, jika anda mahukan anak anda bukan setakat berjaya tetapi juga seronok belajar, sila hubungi saya.
Teaching Method(s)
Saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bersesuaian dengan kadar keupayaan pelajar. Kebiasaannya, saya akan mengaplikasikan teknik penghiburan seperti menukar lirik lagu dan menggantikan kata kunci sesuatu topik agar senang ingat dan tidak mudah terkeliru terutamanya semasa menghadapi ujian. Saya juga suka menggunakan bahasa badan ketika menerangkan sesuatu perkataan atau topik dan membuat peta minda yang ringkas. Selain itu, saya akan menyediakan latihan mengikut prestasi pelajar agar dapat memastikan pemahaman mereka. Seronok ketika belajar merupakan visi saya untuk memastikan para pelajar mencapai kecemerlangan.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra Darjah 1
Matematik Darjah 1, Darjah 2
Membaca - BI Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Sains Darjah 1
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Sains - DLP Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5