Profile Picture

Siti Raihan *******

(tuition_job.class_type.Physical)

Diploma / Stpm - Stpm

Durian Tunggal, Melaka

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Salam perpaduan dan salam Malaysia madani. Tahniah kerana anda seorang ibu bapa yang hebat dan terima kasih mengambil berat dalam pembelajaran anak anda ! Nama saya Raihan dan merupakan bakal pendidik dalam bidang Pendidikan awal kanak kanak. Saya masih lagi menuntut ijazah sarjana muda di salah sebuah universiti di tanah air kita. Walaupun belum secara rasminya menjadi seorang pendidik namun saya sudah mempunyai pengalaman yang kukuh dalam mendidik pelajar pelajar sekolah. Saya berprinsip bahawa setiap anak anak yang lahir merupakan modal insan yang penting buat keluarga. Oleh itu, adalah amat penting bagi saya sebagai pendidik perlu memastikan mereka memahami setiap apa yang mereka pelajari.
Teknik Pengajaran
Saya mengajar bukan hanya memastikan anak murid lulus di atas kertas peperiksaan tetapi yang lebih mengutamakan saya adalah aplikasi dalam kehidupan hari ini mahupun akan datang. Saya berpegang teguh bahawa setiap anak mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan cara unik mereka untuk memahami setiap apa yang mereka pelajari. Oleh itu, saya akan menganalisis dan mengajar mengikut kesesuaian umur, tahap kefahaman mahupun 'trend' semasa. Komunikasi dua hala amat penting dalam teknik mengajar saya. Saya percaya dengan teknik ini dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar dan membuka minda mereka dalam menerima ilmu.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika, Darjah 1
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1
Bahasa Melayu Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, STPM - Tingkatan 6
Bahasa Inggeris Tadika, Darjah 1
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Sains Darjah 2, Darjah 3
Perniagaan STPM - Tingkatan 6
Mengaji - Al-Quran Mengaji