Profile Picture

Nur Afiqah *******

(Online)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu

Universiti Kebangsaan Malaysia (Ongoing Study)

Kuala Krai, Kelantan

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang pelajar yang juga berpengalaman dalam bidang pendidikan kerana sebelum ini saya juga pernah bekerja sambilan sebagai guru tuisyen di salah sebuah tempat tuisyen yang berdekatan dengan rumah. Saya seorang yang sangat peramah, berdedikasi, jujur, amanah serta bertanggungjawab dalam melaksanakan apa jua tugasan yang diamanahkan. Saya juga mudah beradaptasi dengan persekitaran sekeliling dan gemar akan budak-budak. Saya mahir dalam bidang bahasa Melayu kerana saya merupakan lulusan STPM aliran sastera dan juga merupakan seorang pelajar ijazah sarjana muda dalam bidang pengajian bahasa Melayu. Saya merupakan seorang yang tidak mudah melenting dan dapat menerima teguran dengan baik. Selain daripada bahasa Melayu, saya juga mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam bahasa Perancis kerana saya mempunyai pengalaman dalam belajar bahasa perancis sewaktu di peringkat sekolah menengah dan kini masih lagi mempelajari bahasa Perancis sebagai subjek tambahan.
Teaching Method(s)
Saya mempunyai banyak teknik pengajaran yang ingin dikongsikan bersama pelajar sekiranya saya mendapat peluang keemasan ini. Antara teknik pengajaran yang akan saya terapkan dalam pembelajaran adalah :

-teknik didik hibur agar pelajar tidak mudah bosan sewaktu sesi pembelajaran.
-teknik bewarna di mana saya akan menggunakan banyak warna pada nota-nota penting bagi menarik minat para pelajar.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Tingkatan 1, Darjah 4
Bahasa Perancis Tingkatan 1