Profile Picture

Farrah Nasyihin *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu, Reka Bentuk Dan Teknologi

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Jerteh, Terengganu

Institut Perguruan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Farrah, seorang siswa guru yang sedang melanjutkan pelajaran di sebuah kampus Institut Pendidikan Guru. Saya berpengalaman dalam mengawal murid-murid kerana saya pernah melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah. Saya juga belajar mengenai teknik, pendekatan dan cara pembelajaran yang sesuai bagi murid-murid kerana setiap murid tidak sama dari segi teknik pembelajaran mereka. Target saya ialah anak didik saya dapat ilmu yang saya sampaikan dan pembelajaran secara menyeronokkan menggunakan teknologi. Saya major dalam Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan sekarang saya baru menamatkan Semester Dua, Tahun Dua Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang saya akan gunakan ialah teknik didik hibur dan juga pembelajaran abad ke-21. Saya akan menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda juga amat penting untuk menarik minat murid. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar.
Subject
Subject School Level
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Reka Bentuk dan Teknologi Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6