Profile Picture

Muhammad Bakibillah *******

(Online & Physical)

Asasi/a-level - Life Science

Kolej Matrikulasi Pahang (Graduated)

Kuala Terengganu, Terengganu

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Assalamualaikum,saya Bakibillah Khalid.Saya merupakan seorang pelajar lepasan Kolej Matrikulasi Pahang sesi 23/24.Saya sangat berpengalaman dalam bidang pendidikan kerana semasa saya berada di sekolah menengah,saya telah menjadi guru muda kepada rakan rakan saya yang lemah dalam subjek matematik dan kimia. Semasa di peringkat kolej matrikulasi pula,saya merupakan seorang fasilitator bagi subjek kimia semasa program kimia anjuran Unit Kimia Kolej Matrikulasi Pahang. Berkemampuan dalam membantu menyelesaikan masalah rakan rakan saya menjadikan saya seorang yang mempunyai pengalaman dalam mendidik anak bangsa. Selain itu, saya juga mampu memberikan semangat dan dorongan kepada murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran mereka.
Teaching Method(s)
Saya lebih gemar mengajar mereka menggunakan peta minda sesuai dengan pembelajaran abad ke-21.Hal ini kerana peta minda merupakan satu kaedah yang dapat menarik minat pembaca seterusnya dapat meningkatkan kefahaman terhadap sesuatu perkara yang sukar difahami. Selain itu,saya juga akan menyediakan soalan soalan yang berasaskan format peperiksaan terkini. Hal ini dikatakan kerana ia dapat membiasakan mereka dengan soalan soalan format sebenar peperiksaan. Dengan ini,mereka dapat menyusun strategi dalam menjawab peperiksaan kelak.
Subject
Subject School Level
Kimia - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3