mytutor_mobile
Profile Picture

Wan Fadhilah *******

(Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Pendidikan Awal Kanak-kanak

Kolej Bestari (Setiu, Terengganu) (Sedang Belajar)

Kuala Terengganu, Terengganu

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum, saya bakal guru yang diberi nama cg husna. Saya mengambil kos diploma pendidikan awal kanak-kanak dan sekarang ini menamatkan praktikal di prasekolah setelah selesai praktikal di taska awal bulan ini. Saya seorang yang periang dan ceria dan kos ini amat sesuai untuk saya kerana personaliti yang saya ada. Saya ada pengalaman dalam menjaga kanak-kanak juga kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran dan mengajar mereka mengikut umur dengan bahan bantu mengajar yang boleh mengajar mereka dengan baik. Saya harap dengan pengajaran saya dapat mengubah masa depan kanak-kanak berikut dan berharap mereka menyukai pengajaran yang saya akan ajarkan mereka nanti><.
Teknik Pengajaran
Saya suka membuat pengajaran berikut secara santai dan tidak mudah stress. Saya suka membuat pengajaran itu secara perlahan dan kanak-kanak mudah mengikutinya. Semasa mengajar, saya suka membuat pengajaran itu dalam keadaan ceria dan tidak mudah bosan dan mereka juga akan mudah selesa dengan keadaan dan gembira semasa mengajar. Saya harap teknik mengajar saya ini dapat menolong kanak-kanak belajar dalam keadaan baik dan cemerlang!♡
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Inggeris Tadika
Matematik Tadika
Bahasa Melayu Tadika
Sains Tadika
Membaca - BM Tadika
Membaca - BI Tadika