Profile Picture

Annis Hizani *******

(Online)

Sarjana(master) - Master In Gastronomy

Universiti Teknologi MARA (Puncak Alam) (Ongoing Study)

Cheras, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang pendidik yang optimis dan bersemengat waja dalam membantu anak-anak didik saya mencapai kecemerlangan dalam sesebuah mata pelajaran. Saya juga merupakan seorang yang komited dalam melaksanakan tanggungjawab, boleh membahagi masa dengan baik, serta mempunyai sikap membantu dalam menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada anak-anak didik saya. Saya akan memastikan anak-anak didik saya sentiasa dibekalkan ilmu, sentiasa kehadapan terhadap isu-isu semasa dan seterusnya mampu mencapai matlamat mereka. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Saya akan menggunakan teknik pengajaran secara " Two- way communication" iaitu sesi soal jawab antara saya dan anak didik semasa pembelajaran untuk memastikan anak didik saya sentiasa fokus dan tidak bosan. Selain itu, saya juga akan menggunakan teknik bercerita supaya anak didik boleh imbas lalu apa yang mereka pelajari mengikut pemahaman mereka. Untuk menguji pemahaman mereka, saya juga akan menggunakan teknik kuiz secara berperingkat supaya pencapaian anak didik di setiap sesi dapat dipantau.
Subject
Subject School Level
Sejarah Tingkatan 3
P. Islam Darjah 6
Mengaji - Iqra Tingkatan 1