Profile Picture

Anis Sarah *******

(Online)

Sarjana Muda - Opsyen Bahasa Melayu

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Semenyih, Selangor

Institut Perguruan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya cikgu Anis dan merupakan salah seorang tutor di MyTutor ini. Sebagai seorang tutor yang sentiasa menginginkan kecemerlangan untuk anak murid saya, saya akan memastikan murid saya memperoleh kesemua ilmu dan pengetahuan yang akan saya kongsikan kepada mereka. Walaupun luaran kelihatan ramah dan ceria, namun ketegasan dan disiplin juga akan sentiasa saya aplikasikan semasa mengajar anak - anak murid saya. Saya juga bijak menyusun strategi pengajaran saya untuk mengambil hati murid - murid saya dan dapat menarik perhatian mereka untuk belajar dengan lebih tekun. Subjek utama saya ialah Bahasa Melayu, namun saya juga berupaya untuk mengajar subjek - subjek lain seperti Matematik dan Pendidikan Islam sekolah rendah. Oleh itu, pilihlah saya sebagai tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Sebagai graduan yang mempelajari tentang pedagogi pengajaran, saya akan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik khususnya teknik didik hibur supaya murid - murid saya tidak mudah bosan dan sentiasa fokus dengan PdP saya. Bukan setakat itu sahaja, penggunaan TMK juga saya akan aplikasikan dalam kelas saya untuk menarik minat murid dan sentiasa membina perasaan cinta untuk belajar dalam setiap kelas. Tambahan lagi, saya juga akan menyediakan bahan bantu mengajar yang interaktif supaya murid - murid dapat memahami konteks pembelajaran dengan lebih mendalam.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1, Darjah 4
Matematik Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1, Darjah 4
Membaca - BM Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1, Darjah 4
Bahasa Melayu Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1, Darjah 4
P. Islam Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1
Mengaji - Al-Quran Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1, Darjah 4