Profile Picture

Alia Binti *******

(Online)

Asasi/a-level - Bahasa Melayu

Institut Pendidikan Guru (Graduated)

Kuala Terengganu, Terengganu

Institut Perguruan

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Alia. Saya merupakan seorang guru yang mempunyai pengalaman dalam mengajar murid sekolah rendah. Sepanjang saya bergelar pelajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, saya telah ditempatkan di dua buah sekolah bagi menjalankan program praktikum dan internship. Bidang major saya ialah Bahasa Melayu tahap dua manakala bidang minor saya ialah Sains. Saya berkemampuan untuk membimbing anak anda dalam membina ayat mahupun karangan yang terbaik dan tepat dari segi tatabahasa mahupun formatnya. Sesi pembelajaran saya juga adalah teratur dan mudah bagi murid kerana saya telah dididik selama lima tahun tentang cara-cara untuk memastikan pengajaran saya mampu berjalan dengan lancar. Saya yakin saya dapat melahirkan murid yang cemerlang dalam subjek wajib lulus ini. Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan pelbagai strategi yang menarik dan selaras dengan keupayaan anak murid saya. Kebiasaannya saya menggunakan bantuan teknologi seperti bahan multimedia (slaid, video dan gambar) yang dipaparkan secara elektronik. Saya mempunyai teknik yang tersendiri dalam membina ayat dan menghasilkan karangan. Saya juga menyediakan nota dalam bentuk yang menarik dan berwarna-warni di samping banyak memberikan latih tubi bagi menguji kefahaman murid.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Darjah 5, Darjah 4, Darjah 6
Sains Darjah 5, Darjah 4, Darjah 6