Profile Picture

Hasya Husna *******

(Online)

Sarjana Muda - Teaching English As A Second Language (Tesl)

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Assalamualaikum dan hai, saya Miss Hasya. Saya merupakan seorang guru pelatih dalam bidang Teaching English as a Second Language (TESL) di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Saya bertindak proaktif untuk menjadi seorang pendidik berkualiti. Saya memperoleh keputusan A+ bagi subjek Pendidikan Islam, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu ketika SPM dan saya sememangnya seorang pencinta bahasa. Saya berpengalaman dalam mendidik Bahasa Inggeris bagi murid tahap 1 dan tahap 2 di sekolah rendah. Saya juga berpengalaman menjadi tutor Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu bagi murid tahun 1-6 dan tingkatan 1-3. Sebagai seorang guru pelatih Bahasa Inggeris sekolah rendah, saya telah menguasai pengetahuan dan pengalaman vital dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Saya seorang yang komited, kreatif dan gigih dalam mencipta sesi pembelajaran yang berkualiti untuk anak didik saya. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin diri murid. Mahukan anak-anak anda menerima pendidikan yang berkualiti dan cemerlang? Pilih saya sebagai tutor!
Teaching Method(s)
Saya boleh menggunakan pelbagai platform seperti Zoom, Google Site, Google Meet, Pear Deck, Telegram dan lain-lain. Saya memilih pendekatan yang pelbagai mengikut kesesuaian pembelajaran anak didik. Saya menyediakan teknik dan bahan menarik untuk memastikan anak didik saya dapat menguasai pengetahuan dengan mudah. Antara teknik yang saya sering gunakan ialah soal jawab, latihan intensif, dan kaedah peta minda. Pelbagai kaedah saya gunakan untuk memastikan anak didik saya memahami topik yang diajar serta mencapai objektif pembelajaran. Saya juga menggunakan lagu, kad imbas, audio e-book dan permainan interaktif untuk membantu anak didik saya menerima pengetahuan tentang sesuatu perkara dengan mudah. Saya juga menyediakan nota yang berwarna warni bagi kelas dalam talian.
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris Darjah 3, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tadika, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Prasekolah - 3M Tadika
Membaca - BI Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BM Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Bahasa Melayu Tadika
3M Tingkatan 1