Profile Picture

Hanisah Binti *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Medical Laboratory Technology

Universiti Teknologi MARA (Puncak Alam) (Telah Bergraduasi)

Permatang Pauh, Pulau Pinang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Hanisah. Saya merupakan graduan dengan anugerah naib canselor UITM dalam bidang berasaskan sains (teknologi makmal perubatan). Kini, saya sedang melanjut pelajaran peringkat sarjana (Master of Science) di UITM Shah Alam. Saya merupakan bekas guru separuh masa yang mengajar pelbagai subjek. Saya berpengalaman mengajar subjek Sains (darjah 5, darjah 6 dan tingkatan 3), Bahasa Melayu (darjah 2,3 dan 4), Bahasa Inggeris Pemula (beginner), Matematik (tingkatan 1,2 dan 3). Saya bekerja selama 3 bulan dan mengambil keputusan untuk menambah ilmu pengetahuan saya ke peringkat yang lebih tinggi. Saya ingin berkongsi dan membimbing pelajar-pelajar saya untuk mencintai ilmu sebagaimana saya mencintai ilmu.
Teknik Pengajaran
Saya berpengalaman mengajar secara 'private' dan juga dalam kumpulan yang besar (14 pelajar). Saya memastikan setiap pelajar memahami setiap ilmu yang saya berikan. Saya sentiasa cuba mencari jalan dan cara yang lebih mudah untuk memberi kefahaman kepada pelajar. Saya juga banyak berkongsikan cara saya mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Saya lebih suka menganggap pelajar saya sebagai adik atau anak saya sendiri kerana berdasarkan pemerhatian saya, pelajar lebih mudah menerima ilmu apabila mereka selesa dengan guru mereka.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 5, Darjah 6
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Membaca - BI Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Arab Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 5, Darjah 6
Mengaji - Al-Quran Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6