mytutor_mobile
Profile Picture

Mohammad Ikhwan *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Bahasa Arab Dan Kesusasteraan

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Telah Bergraduasi)

Permatang Pauh, Pulau Pinang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya pemegang Ijazah jurusan bahasa dan kesusasteraan arab, berumur 24 tahun. Saya berkebolehan mengajar secara bersemuka dan di atas talian dalam subjek keutamaan bahasa arab, bahasa melayu, pendidikan seni dan al-quran. Saya berpengalaman mengajar Subjek Bahasa Melayu sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3) di Pusat-pusat tuisyen di Pulau Pinang secara fizikal dan atas talian. Pengalaman saya dalam bidang kokurikulum bahasa melayu seperti puisi sastera menjadi nilai tambah dalam penguasaan bahasa melayu. Selain aktif bergiat dan berkarya dalam puisi melayu, saya juga banyak mewakili Universiti dalam temasya Pantun di peringkat IPTA dan antarabangsa. Saya juga bergiat menjadi jurulatih pelajar sekolah menengah dalam kokurikulum ko-akademik. Di samping itu, saya mempunyai kelayakan mengajar Al-quran dari peringkat kebangsaan kerana pernah menjohani Majlis tilawah Al-quran negeri Pulau Pinang pada tahun 2015 dan 2016. Saya juga pernah berkhidmat di unit HR dalam syarikat pendidikan Al-quran atas talian dan menjalankan tugas-tugas pengurusan perjalanan kelas antara guru dan pelajar di atas talian.
Teknik Pengajaran
Saya akan menggunakan silibus pengajaran peringkat sekolah mengikut (DSKP) ketika sesi pembelajaran dan juga mengenalpasti masalah utama pelajar supaya dapat lebih memahami pembelajaran secara mudah. Saya juga akan memenuhi kehendak pelajar untuk memahami topik-topik tertentu untuk dikupas secara mendalam dan luar kotak.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Tingkatan 1, Darjah 6, Darjah 5, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sains Tingkatan 1
Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1
Bahasa Arab Tingkatan 1, Darjah 6, Darjah 5
Mengaji - Al-Quran Tingkatan 1, Darjah 6, Darjah 5
Mengaji - Iqra Darjah 6, Darjah 5
Membaca - BM Darjah 6, Darjah 5