Profile Picture

Nur 'amirah *******

(Online)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu Komunikasi Antarabangsa

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Pagoh) (Ongoing Study)

Melor, Kelantan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang pelajar Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa, dan sedang berada di Semester 4, tahun 2. Saya seorang yang sangat tegas dan berdedikasi ketika sedang mencurahkan sesuatu ilmu. Kefahaman pelajar adalah keutamaan saya kerana saya akan memastikan sesuatu topik yang saya ajari akan dikuasai dengan baik oleh para pelajar. Memasukkan topik luar dalam sesi pelajaran adalah tidak salah namun tidak secara berlebihan kerana matlamat pengajaran tidak akan tercapai. Dalam pada itu, saya juga seorang yang peramah dengan pelajar walaupun pelbagai kerenah yang mereka tonjolkan.
Teaching Method(s)
Saya akan menggunakan teknik soal jawab usai sesi pdp selesai untuk memastikan tahap kefahaman pelajar. Kahoot antara contoh yang akan saya gunakan untuk memberi soalan kepada para pelajar. Saya juga akan menyediakan nota tambahan yang saya akan bekalkan sendiri dalam bentuk pdf atau canva untuk memudahkan pelajar memahami sesuatu topik.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Darjah 5, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 2
Bahasa Arab Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Matematik Darjah 1, Darjah 2
Bahasa Inggeris Darjah 2, Darjah 3
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 2
Mengaji - Al-Quran Darjah 3