Profile Picture

Nur Anis *******

(Online)

Sarjana Muda - Actuarial Science

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Graduated)

Batu Caves, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hii, saya Cikgu Anis. Saya merupakan pelajar cemerlang dalam subjek matematik (SPM A+) dan juga matematik tambahan (SPM A). Kini, saya telah menamatkan sarjana muda dalam bidang sains aktuari dan bakal melanjutkan sarjana dalam bidang matematik pendidikan. Semasa di sekolah, guru-guru mempercayai kebolehan saya dalam mengajar dan menjadikan saya sebagai mentor untuk subjek matematik bagi rakan-rakan saya. Bagi saya matematik merupakan subjek yang paling saya minati dan sangat mudah semasa di sekolah. Oleh itu, saya ingin turut membantu semua pelajar untuk meminati subjek matematik dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran mereka.
Teaching Method(s)
Latih tubi penting dalam matematik tetapi tidak mencukupi tanpa pemahaman konsep yang mendalam. Tiga langkah utama dalam pengajaran matematik adalah: pertama, memastikan pelajar memahami konsep asas; kedua, melaksanakan latihan yang sesuai untuk mengukuhkan pemahaman; dan ketiga, mengenal pasti pelbagai bentuk soalan agar pelajar tidak salah tafsir.

Saya akan membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah matematik bukan dengan cara meniru/ menyalin semula jawapan tetapi saya akan mengajar mereka untuk memahami sendiri kehendak soalan dan cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut langkah demi langkah sehingga mendapat jawapan akhir.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5