Profile Picture

Nur Syuhada *******

(Online)

Diploma / Stpm - International Business

Kolej Profesional MARA Seri Iskandar (Graduated)

Wakaf Bharu, Kelantan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu syuhada. Saya seorang tutor yang bersemangat dan berdedikasi dalam membantu pelajar mencapai kecemerlangan. Walaupun saya merupakan graduan baru dengan diploma, saya mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam subjek bahasa melayu bagi subjek major serta bahasa english bagi subjek minor. Saya juga boleh mengajar iqra’ dan alquran memandangkan saya merupakan bekas pelajar sekolah arab. Saya percaya bahawa setiap pelajar mempunyai potensi untuk berjaya jika diberikan bimbingan yang betul dan motivasi yang tinggi. Saya juga berkemahiran dalam menyusun modul pembelajaran yang menarik dan berkesan. Dengan pendekatan pengajaran yang interaktif dan mesra, saya yakin dapat membantu pelajar anda mencapai prestasi terbaik. Hubungi saya hari ini untuk mula perjalanan akademik yang cemerlang!
Teaching Method(s)
Walaupun saya graduan baru dalam industri pendidikan, saya mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran yang menarik dan berkesan mengikut keupayaan pelajar. Teknik "didik hibur" adalah salah satu kaedah yang saya gunakan untuk mencapai objektif pembelajaran dengan cara yang menyeronokkan. Saya juga menggunakan pendekatan peta minda untuk memudahkan pemahaman subjek yang kompleks. Pelbagai pendekatan lain turut saya terapkan untuk memastikan setiap pelajar dapat memahami ilmu yang diajar dengan baik. Visi saya sebagai pendidik adalah untuk memastikan kepuasan dan kejayaan pelajar dalam mencapai kecemerlangan akademik.
Subject
Subject School Level
Prasekolah - 3M Tingkatan 1
Mengaji - Iqra Tingkatan 1
Membaca - BI Tingkatan 1
Membaca - BM Tingkatan 1
P. Islam Tingkatan 1