Profile Picture

Nur Erliana *******

(Online)

Sarjana Muda - Degree In Marketing (Universiti Teknologi Mara Cawangan Kelantan)

Pasir Mas, Kelantan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang tutor yang bermatlamat serta bersemangat tinggi untuk membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Selain menjadi seorang tutor, saya juga akan membantu anak didik saya untuk menguruskan jadual pembelajaran harian dan sentiasa meneliti perkembangan bidang akademik mereka. Sekiranya pelajar menjadi agak kekok ketika sesi pembelajaran dijalankan, saya akan menggunakan kaedah yang bersesuaian supaya pelajar merasa seronok dan menyukai sesi pembelajaran yang diadakan.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah play and learn untuk setiap sesi pembelajaran. Kaedah ini saya gunakan untuk mengelakkan rasa bosan pelajar ketika sesi pengajaran dan supaya mereka merasa lebih seronok serta bersemangat untuk menghadiri kelas. Saya juga turut menyediakan Bahan Bantuan Mengajar (BBM) yang bersesuaian dengan setiap topik yang diajar. Selain dari itu, kaedah menyanyi dan akronim juga akan digunakan supaya pelajar lebih mudah untuk mengingati dan menghafal. Walaupun mempunyai cara pengajaran yang tersendiri, saya juga menerima secara terbuka sebarang cadangan daripada ibu bapa untuk penambahbaikkan.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1, Tadika
Membaca - BM Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1, Tadika
Bahasa Inggeris Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1
Membaca - BI Tadika