Profile Picture

Nurul Husna *******

(Online & Physical)

Sarjana(master) - Sarjana Sains (Sains Bahan)

Universiti Kebangsaan Malaysia (Graduated)

Sungai Petani, Kedah

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hai. Saya Cikgu Husna. Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Sains daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebagai seorang graduan dengan Ijazah Sarjana Sains, saya bersemangat untuk meneruskan kerjaya sebagai tutor. Saya mempunyai pengalaman mengajar pelajar sarjana muda di universiti terutamanya dalam subjek kimia dan sains. Semangat saya untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan digabungkan dengan latar belakang akademik saya mendorong saya untuk menjadikan persekitaran belajar yang dapat menarik pelajar memahami dengan lebih mendalam tentang subjek yang mereka pelajari dan melahirkan pelajar yang cemerlang pada masa akan datang.
Teaching Method(s)
Saya mengamalkan konsep pembelajaran aktif di mana saya akan melibatkan pelajar dalam pembelajaran. Contohnya membuat perbincangan, latihan penyelesaian masalah dan lain-lain. Selain itu, saya suka menggunakan bantuan visual dalam pembelajaran seperti gambar rajah, carta dan video untuk meningkatkan pemahaman dan menjelaskan konsep yang kompleks kepada pelajar. Paling penting, saya akan menyesuaikan pelajaran dengan keperluan individu dan gaya pembelajaran setiap pelajar. Ini mungkin melibatkan penggunaan sumber atau pendekatan yang berbeza berdasarkan pemahaman dan minat mereka.
Subject
Subject School Level
Sains Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Darjah 2, Darjah 3
Matematik Darjah 1