Profile Picture

Ahmad Nizamuddin *******

(Online & Physical)

Sarjana(master) - Education

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Graduated)

Tanah Merah, Kelantan

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Shah. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 14 tahun dalam mendidik pelajar sekolah menengah. Subjek bahasa Melayu merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Sejarah merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga sering mengendalikan seminar buat calon SPM di samping kelas-kelas dalam kumpulan yang besar. Mahukan anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini
Teaching Method(s)
Berpengalaman selama 14 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda dan soalan peperiksaan SPM tahun-tahun lepas merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Tingkatan 5, Tingkatan 4, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sejarah Tingkatan 5, Tingkatan 4