About Me
Saya seorang yang tidak pernah berputus asa untuk mencari jalan penyelesaian bagi soalan matematik yang diajukan. Selama 19 tahun menuntut ilmu hisab, saya tidak pernah mendapat gred selain A dalam semua peperiksaan yang diduduki. Walaupun saya belum mempunyai pengalaman formal sebagai tutor, saya merupakan mentor study group semasa di sekolah menengah dan di kolej. Rakan - rakan saya menganggap saya sebagai pengganti guru untuk bertanya soalan subjek matematik kerana saya sering membantu mereka menyelesaikan masalah matematik dan menjelaskan konsep-konsep yang sukar difahami. Pengalaman ini telah mengajar saya cara menjelaskan konsep-konsep matematik dengan cara yang mudah difahami dan membantu rakan-rakan saya mencapai keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan mereka. Selain itu, saya mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan matematik sejak peringkat sekolah rendah dan memperoleh pencapaian yang membanggakan. Pengalaman ini bukan sahaja memperkukuh pengetahuan saya dalam matematik, tetapi juga mendedahkan saya kepada pelbagai bentuk soalan serta mengasah kemahiran analisis dan penyelesaian masalah saya. Dengan pengetahuan dan semangat saya terhadap matematik, serta pengalaman saya sebagai mentor dan peserta pertandingan matematik, saya yakin bahawa saya dapat memberikan bimbingan yang berkesan dan membantu pelajar mencapai kejayaan dalam subjek ini. Saya sangat teruja untuk berkongsi pengetahuan dan membantu pelajar mencapai potensi penuh mereka dalam matematik. Terima kasih kerana mempertimbangkan permohonan saya.
Teaching Method(s)
Saya percaya bahawa pembelajaran matematik haruslah interaktif dan menyeronokkan. Saya memberikan setiap langkah penyelesaian masalah dengan terperinci supaya anak didik memahami setiap langkah sebelum meneruskan dengan memberikan contoh-contoh soalan dan tunjukkan cara penyelesaiannya secara terperinci. Selain itu, saya menggunakan kaedah penemuan terbimbing dengan menggunan soalan-soalan yang mendorong pelajar untuk berfikir dan menemui konsep berdasarkan "pattern" soalan. Malahan, kaedah pembelajaran berasaskan masalah bagi situasi sebenar digunakan untuk topik berkaitan. Di samping itu, saya akan memberikan satu soalan beraras tinggi yang perlu mengaplikasikan topik yang dipelajari dalam setiap sesi. Tidak lupa juga perlaksanaan kuiz secara berjadual atau spontan untuk menguji tahap pemahaman dan ingatan jangka panjang supaya prestasi konsisten oleh anak didik dikekalkan sahingga musim peperiksaan.