Profile Picture

Nur Adilah *******

(Online)

Sarjana Muda - Pendidikan Islam

Institut Pendidikan Guru (Graduated)

Baling, Kedah

Institut Perguruan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Ustazah Adilah. Saya merupakan seorang tutor yang berkomited dan berdedikasi ketika melaksanakan tugas. Saya mempunyai pengalaman dalam mengajar mengaji al-Quran dan Iqra berserta tajwid bagi golongan dewasa mahupun kanak-kanak. Bukan sekadar itu, malah saya juga mempunyai pengalaman dalam mengajar sekolah rendah. Subjek Pendidikan Islam merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan manakala Bahasa Arab merupakan subjek minor saya. Saya mempunyai kemahiran mengajar dalam suasana yang menyeronokkan di samping memupuk motivasi murid untuk terus menguasai bacaan al-Quran dengan betul dan bertajwid. Jadikan saya sebagai tutor anda :) !
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah bermain sambil belajar bagi memupuk minat murid untuk menguasai bacaan al-Quran dengan betul dan bertajwid. Sebagai contoh, saya akan mendengar terlebih dahulu bacaan al-Quran kemudian akan diselitkan dengan pembelajaran tajwid. Setelah itu, bagi mengukur tahap kefahaman berkaitan hukum tajwid saya akan mengaplikasi kuiz atas talian seperti Wordwall atau Quizizz. Bukan sekadar itu, malah saya juga akan menyelitkan doa-doa harian dan nasyid berunsurkan Islamik bagi meningkatkan motivasi murid untuk terus membaca al-Quran dan menjadi individu muslim.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Al-Quran Mengaji, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1
Bahasa Arab Tadika