About Me
Saya merupakan seorang tutor yang rajin dan berdedikasi. Saya sentiasa bersemangat tinggi dalam membantu generasi muda untuk terus belajar dan berjaya dalam peperiksaan. Saya seorang yang agak tegas akan tetapi saya sentiasa ramah dengan pelajar saya. Saya akan memastikan bahawa pelajar saya akan mencapai matlamat untuk berjaya dalam pembelajaran. Saya juga pandai mengambil hati pelajar agar mereka minat subjek itu dan sentiasa bersemangat untuk belajar.
Teaching Method(s)
Saya seorang yang peramah. Saya akan menggunakan kaedah berinteraksi dua hala. Saya juga seorang penghibur. Saya akan memastikan kaedah pembelajaran yang seronok agar dapat menarik minat pelajar dan tidak mudah bosan. Saya akan menggunakan kaedah yang mudah agar formula serta sifir matematik dapat diingati.Saya juga menyediakan nota yang berwarna warni bagi kelas dalam talian. Nota yang ringkas dan padat agar memudahkan pelajar.