Profile Picture

Muhammad Syukri *******

(Online & Physical)

Sarjana(master) - Mechanical Engineering

Universiti Teknologi Petronas (Graduated)

Tumpat, Kelantan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Assalamualaikum, nama saya Muhammad Syukri berumur 24 tahun dan berasal dari Kelantan. Berkaitan dengan latar belakang saya, saya mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan mekanikal dari Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dibawah tanggungan biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera. Sebelum melanjutkan pelajaran ke UTP, saya belajar diperingkat menengah di MRSM Bitara Pengkalan Chepa yang terletak di Kota Bharu, Kelantan. Hasil pembelajaran di sana, saya memperoleh keputusan cemerlang semua A iaitu 9A untuk SPM. Selain itu, saya mempunyai pengalaman mengajar kelas tambahan selama lebih kurang dua tahun dengan fokus dalam subjek Sejarah, Sains, Matematik, Matematik Tambahan dan Fizik untuk pelbagai tahap rendah dan juga menengah. Sepanjang mengajar kelas tambahan ini, saya telah mengajar lebih daripada 8 orang pelajar persendirian.
Teaching Method(s)
Sepanjang pengalaman saya mengajar pelajar dalam pelbagai latar belakang, setiap pelajar mempunyai cara belajar tersendiri. Jadi cara saya adalah mengadaptasi cara pembelajaran mereka dengan memberi kefahaman asas terlebih dahulu kemudian diselangi dengan latihan topikal. Pendekatan yang saya gunakan adalah keselesaan pelajar menjadi keutamaan saya supaya mereka selesa dan senang untuk mereka memahami konsep setiap topik tersebut. Teknik untuk memastikan pelajar skor dalam peperiksaan adalah membuat latihan 'past year' kemudian saya akan berbincang dengan pelajar apakah yang mereka perlu fokus dalam mengulangkaji pelajaran.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 5, Tingkatan 4, Darjah 6
P. Islam Tingkatan 5
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 5, Tingkatan 4
Matematik Tambahan Tingkatan 5, Tingkatan 4
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 5, Tingkatan 4
Fizik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 5, Tingkatan 4
Matematik Tambahan DLP Tingkatan 5, Tingkatan 4