Profile Picture

Muhammad Firdaus *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu Dan Sains

Institut Pendidikan Guru (Graduated)

Senai, Johor

Institut Perguruan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Seorang guru pelatih yang menuntut pengajian di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim dalam pengkhususan Bahasa Melayu sebagai bidang teras dan Sains bagi elektif teras. Saya telah tamat pengajian bagi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan mendapat ijazah kelas pertama dengan keputusan CGPA 3.77. Saya juga mendapat keputusan terbaik iaitu A+ dalam praktikum dan internship saya. Saya boleh memahami, bertutur dan berkomunikasi dengan baik dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Saya juga mempunyai bakat-bakat dalam Bahasa Melayu seperti berpantun, bersajak, berpidato dan mengarang.
Teaching Method(s)
Kaedah pengajaran yang saya gunakan dalam bilik darjah sepanjang saya menjalani sesi praktikum di SK Kempas ialah saya banyak menggunakan aplikasi-aplikasi digital bagi menimbulkan keseronokan dan minat dalam kalangan murid. Saya mengaplikasikan penggunaan Online Stopwatch, Gamilab, Quizizz, Kahoot, Wixsite, Gamma dan WordWall dalam pengajaran-pengajaran saya. Hasilnya, murid-murid sangat berminat dan fokus untuk mengikuti pembelajaran dan pengajaran saya sekaligus memudahkan proses pemahaman mereka terhadap perkara yang dipelajari. Saya juga banyak menggunakan bahan-bahan maujud seperti Dam Ular Gergasi, Monopoli Pantun dan pelbagai bahan maujud yang kreatif dan menarik minat murid-murid.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Darjah 6, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 2, Darjah 1, Tingkatan 1
Sains Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Darjah 1
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6