About Me
Saya Cikgu Nadhilah. Saya merupakan pelajar lepasan Sarjana Muda dalam bidang pendidikan. Bahasa Melayu adalah subjek major saya manakala Pendidikan Moral adalah subjek minor saya. Saya mempunyai pengalaman mengajar di beberapa buah sekolah. Hal ini menyebabkan saya mempunyai pengalaman dan gambaran gaya pengajaran guru dan pembelajaran murid mengikut skop dan silibus yang ditetapkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) oleh KPM.
Saya juga berpengalaman mengajar murid yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu seperti tidak mahir membaca dan menulis serta murid disleksia. Pengalaman yang berharga ini sedikit sebanyak membantu saya untuk meningkatkan kualiti pengajaran saya supaya boleh diterima dan difahami oleh murid-murid saya.
Anda ingin mahir dalam Bahasa Melayu? Mari kita belajar bersama!
Teaching Method(s)
Berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh semasa mengajar murid yang pelbagai tahap, terdapat beberapa teknik pengajaran yang akan saya aplikasikan iaitu:
1. Pengajaran yang berunsurkan didik hibur. Unsur didik hibur yang diselitkan dalam PdP bukan bertujuan untuk bersuka ria semata-mata namun terdapat input yang signifikan dan boleh meningkatkan perkembangan kognitif murid.
2. Saya juga akan mengaplikasikan teknik pengajaran masteri kepada murid-murid saya agar apa yang dipelajari itu difahami dengan baik terlebih dahulu sebelum melanjutkan pembelajaran pada peringkat seterusnya. Pendekatan ini akan menyebabkan murid lebih fokus dalam sesuatu topik yang diajar itu.
3. Beberapa teknik pengajaran lain seperti penggunaan akronim bagi memudahkan proses mengingat sesuatu, teknik membuat karangan yang mudah dan lain-lain juga akan digunakan semasa pengajaran mengikut tahap dan perkembangan kognitif murid itu sendiri.
4. Kaedah pengajaran umum yang terdapat dalam silibus DSKP seperti teknik perbincangan, bercerita, sumbang saran dan lain-lain akan turut diaplikasikan kepada murid bagi meningkatkan kebolehan dalam berkomunikasi atau bertutur dengan baik.