Profile Picture

Shamimi Madzlan

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Diploma Sains Matematik

Sungai Buloh, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Shamimi. Lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Mimi. Saya seorang tutor yang telah bekerja secara freelance sejak 2019. Walaupun tahap pelajaran tertinggi yang saya sertakan adalah Diploma, namun sekarang saya sedang sambung pelajaran saya dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Matematik) dan akan berakhir tak lama lagi. Saya juga berpengalaman mengajar di sekolah selama 6 bulan sebagai guru praktikal dan guru ganti. Belajar dengan saya, anda akan dapat nota yang ringkas tepat padat dan menarik dengan percuma! Latihan latihan yang disertakan juga merupakan latihan-latihan yang berbentuk soalan peperiksaan.
Teknik Pengajaran
Saya percaya setiap murid mempunyai kebolehan yang berbeza. Jadi, saya akan mengenali murid terlebih dahulu dan gunakan cara yang sesuai utk mengajar mereka. Murid lemah atau pandai, saya akan pastikan mereka score soalan-soalan yang mudah. Latih tubi akan diberikan utk soalan-soalan penyelesaian masalah supaya murid akan lebih membiasakan diri dengan bentuk-bentuk soalan Matematik.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 1
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3