mytutor_mobile
Profile Picture

Akilawathy Kondappan

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Master Of Education In English As A Second Language

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Telah Bergraduasi)

Klang, Selangor

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan graduan yang memegang Ijazah Sarjana Muda (B.ed TESOL) dari University of Auckland, New Zealand serta Ijazah Sarjana (M.ed Tesl) dari Universiti Malaya yang menamatkan pengajiannya pada 2022 yang lepas. Saya juga berkhidmat sebagai seorang guru di sekolah rendah dan memiliki pengalaman mengajar selama 10 tahun. Pengkhususan utama saya ialah pengajian Bahasa Inggeris, tetapi saya juga mampu mengajar subjek- subjek teras lain seperti BM, Matematik, Sains dan lain- lain. Kebiasaannya, saya menjalankan kelas tuisyen kepada anak murid saya sendiri yang tinggal berhampiran dengan tempat kediaman saya. Sebagai seorang guru yang telahpun berkhidmat lama, saya mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan dan berjaya mendidik anak- anak murid sehingga mereka mampu mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan utama seperti UPSR, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun. Selain itu, saya juga mempunyai pengalaman mengajar murid- murid PMR dan SPM, khususnya mata pelajaran Bahasa Inggeris sebagai tutor sambilan dan berjaya mendorong anak murid saya mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang saya menggunakan kebanyakannya menjurus pada kehendak silibus terkini dan kapasiti pemahaman murid. Maka, teknik pengajaran saya berubah mengikut keperluan murid individu yang boleh membantu mereka mencapai potensi maksima. Contoh teknik pengajaran yang kerap digunakan oleh saya ialah teknik soal dan jawab, teknik perbincangan, brainstorming, teknik kolaboratif dan koperatif, digital dimana penggunaan simulasi berbentuk teknologi diberi tumpuan, pembelaran aktif, serta kemahiran berfikir aras tinggi. Namun begitu, teknik- teknik pengajaran saya hanya memberi fokus pada pembelajaran abad ke- 21 seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Justeru, teknik -teknik pengajaran yang digunakan oleh saya terbukti membawa sukses dalam pembelajaran anak- anak murid saya.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 5, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 6
Bahasa Melayu Darjah 5, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Inggeris Darjah 5, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Darjah 5, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 6
Bahasa Tamil Darjah 5, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 6
Public Speaking Asas (Basic), Pertengahan (Intermediate), Mahir (Professional)