Profile Picture

Nur Izzah *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Bachelor Of Science With Education

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Ongoing Study)

Petaling Jaya, Selangor

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dalam pengajaran dan sentiasa memastikan pelajar dapat memahami pengajaran saya dengan baik. Saya juga merupakan pelajar cemerlang dan berjaya memperoleh semua A dalam UPSR 2016 (6A), PT3 2019 (9A) dan SPM 2021 (9A). Saya sering menolong rakan-rakan dalam pembelajaran mereka ketika di sekolah dahulu dan gembira apabila mereka berjaya memahami pengajaran saya.
Teaching Method(s)
Saya mengajar secara santai tetapi pelajar masih dapat mencapai sasaran pembelajaran yang ditetapkan. Saya juga dapat menjadikan kelas tidak bosan dan lebih seronok untuk belajar kerana saya akan mengajar mengikut kebolehan pelajar tersendiri sedikit demi sedikit sehingga mereka berjaya menguasai sesuatu topik. Hal ini penting kerana apabila pelajar dapat menyelesaikan sesuatu masalah, mereka dapat merasai nikmat keseronokan menjawab soalan dan terus mencabar diri untuk menjawab soalan yang lebih susah. Saya juga akan membantu pelajar mengasah potensi diri ke tahap maksimum dan mempertingkatkan kebolehan berfikir secara kritis mereka.Selain itu, saya akan menguatkan pemahaman pelajar dalam konsep-konsep yang penting supaya mereka dapat menyelesaikan soalan dengan lebih mudah. Saya juga akan memastikan pelajar tidak berasa terbeban ketika pembelajaran sebaliknya berasa teruja dan seronok untuk mempelajari perkara baharu. Akhir sekali, saya merupakan seorang yang peramah dan dapat menjadi tutor yang santai seperti seorang kawan yang mengajar kawannya di sekolah. Jom belajar dengan saya!
Subject
Subject School Level
Membaca - BM Tadika
Matematik Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2