mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Hidayatul *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Diploma Pentadbiran

Kuantan, Pahang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Tutor Hanim. Saya seorang tutor yang sangat ramah dan mudah mesra dengan pelajar. Saya banyak berkolaborasi dengan agensi kerajaan dan mendapatkan permit pengajar dari JPN Pahang. Saya merupakan seorang guru dan berpengalaman selama 5 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan menengah bagi subjek nasional mahupun antarabangsa seperti IGCSE dan GCSE. Subjek sains, matematik dan prinsip perakaunan merupakan subjek teras dalam dunia pendidikan, manakala subjek bahasa inggeris dan sejarah merupakan subjek minor. Menjadi seorang tutor yang mudah didekati menjadikan saya seorang tutor yang melahirkan ramai pelajar yang berjaya. Berlatar-belakangkan pendidikan yang lemah sewaktu di sekolah rendah menjadi asbab saya ingin menjadi seorang pendidik yang tegas namun lembut dalam mengajar agar pelajar tidak takut dan ragu untuk bertanya soalan. Saya juga menjadi jemputan di sekolah-sekolah bagi seminar SPM dan UPSR untuk memberi tips dan semangat peperiksaan. Saya tidak benarkan pelajar menghabiskan kelas sehingga suatu tajuk dapat dijawab tanpa gagap. Nak anak skor dan menambahkan keyakinan semasa jawab exam? Hubungi saya sekarang.
Teknik Pengajaran
Saya menerapkan teknik-teknik yang bersifat moden dan mesra pelajar. Saya banyak menyemak hasil latihan pelajar dan bertegas dalam memastikan kerja sekolah disiapkan tepat waktunya. Saya menggunakan aplikasi yang bersifat menghibur kerana para pelajar sudah tentu cukup tertekan di sekolah. kelas tuisyen seharusnya jadi platform yang lebih santai, ceria namun efektif sepenuhnya dalam memberi pemahaman terutamanya soalan KBAT. Saya akan mengadakan satu sesi khas untuk melihat cara pelajar menyerap ilmu dan mempraktikannya dalam sesi pdp. Dengan mengamalkan konsep komunikasi dua hala, pelajar tidak akan boleh lari dari memahami tajuk itu dan memberikan jawapan setiap kali saya bertanya. Setiap keputusan peperiksaan akan disemak dengan teliti untuk mengesan kelemahan pelajar. Saya yakin ini adalah asbab majoriti pelajar saya mendapat keputusan yang lebih baik.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 5
Sains Tingkatan 5
Prinsip Perakaunan Tingkatan 5