Profile Picture

Melissa Wong *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Perlancongan)

Universiti Malaysia Sabah (Kota Kinabalu) (Telah Bergraduasi)

Kota kinabalu, Sabah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Nama saya Melissa Wong Pau Yu dan berumur 26 tahun. Mempunyai pengalaman mengajar selama 2 tahun dalam mendidik pelajar sekolah Rendah dan pelajar STPM secara talian. Subjek Major saya adalah Bahasa Malaysia dan Pengajian Perniagaan. Manakala subjek Minor saya adalah Bahasa English. Saya telah memulakan kerjaya saya sebagai Tutor sampingan pada tahun 2018, iaitu mengajar subjek bahasa Mandarin dan Matematik di sebuah Pusat Tuition yang terletak di Kota Kinabalu Sabah. Setelah tamat pengajian di Universiti, saya berkerja sepenuh masa secara talian di sebuah Agensi Tuition pada tahun 2020-2022. Saya mempunyai pengalaman mengajar subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Mandarin (SJK(C)) dan juga subjek pengajian perniagaan (STPM). Saya seorang tutor yang tidak mudah putus asa dan akan memberikan yang terbaik kepada anak murid saya. Di samping itu, saya bersedia untuk berkongsi pengalaman saya dan menggunakan cara yang terbaik untuk meningkatkan prestasi anak murid saya. Misi saya sebagai tutor adalah study smart not study hard.
Teknik Pengajaran
Teknik Pengajaran yang akan saya gunakan untuk mengajar anak murid saya adalah menggunakan nota ringkas dan memberikan latihan kepada mereka mengikut silibus terkini. Di samping itu, saya akan menggunakan teknik pengajaran yang kreatif dan tidak membosankan untuk meningkatkan daya pemikiran serta pembelajaran anak murid saya.
Subjek
Subjek Tahap
Membaca - BM Darjah 1, Tadika, Tingkatan 5
Bahasa Cina Darjah 1
Bahasa Melayu Tingkatan 5, Tingkatan 1, Darjah 1
Perniagaan Tingkatan 5
Pengajian Keusahawanan Tingkatan 5
Pendidikan Moral Tingkatan 5