mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Azlin *******

Sarjana Muda - Ijazah Sarjan Muda Sastera (kepujian)

Kota Bharu, Kelantan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya seperti nama di atas merupakan graduan dari USM Pulau Pinang dalam jurusan Dasar dan Pentadbiran dan Sejarah. Sememangnya saya menyatakan hasrat dan minat saya untuk memohon sebagai tutor di syarikat ini. Hal ini demikian kerana , saya mempunyai minat yang mendalam dalam bidang ilmu Sejarah. Dari skala 1 - 10 (10 menjadi skor tetinggi) , kerja kursus dan penilaian saya mencapai nilai 10. Melalui pencapaian saya ini , saya telah membuktikan bahawa saya bersemangat dalam menyiapkan kerja kursus walaupun dalam keadaan yang tidak mengizinkan pada ketika itu (pkp). Walaupun ini adalah kali pertama saya memohon sebagai tutor , saya cukup yakin bahawa saya boleh belajar sesuatu perkara dengan cepat dan akan memberi kesan langsung kepada syarikat tuan/puan.
Teknik Pengajaran
Teknik penceritaan sangat menarik untuk digunakan bagi meraih perhatian dan mendapat kupasan yang menarik dari kalangan pelajar. Sejarah ini fakta yang membosankan, akan tetapi kaedah fakta perlu diubah dan dilantunkan dalam bentuk cerita. Tambahan pula penceritaan perlu dengan gaya yang menarik , kisah yang mempunyai perkaitan antara tajuk dan matlamat pengajaran serta keadaan dan suasana yang selaras dengan jalan cerita mampu untuk menyuburkan daya imaginasi, menggalakkan perkembangan bahasa dan penghayatan terhadap nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar dan pendidik.
Teknik perbincangan merupakan kaedah yang bagus antara pelajar dan guru. Pelajar bebas untuk mengeluarkan dan membahas pendapat mengenai sesuatu tajuk. Hal ini bertujuan untuk melatih pelajar untuk melahirkan buah fikiran yang bernas dan pantas dalam jangka waktu yang ditetapkan. Antara jenis perbincangan yang akan digunakan adalah melalui perbahasan, seminar, forum dan kumpulan belajar.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu STPM - Tingkatan 6
P. Islam Darjah 3
Mengaji - Al-Quran Mengaji