Profile Picture

Rasyidah Binti *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Diploma In Printing Technology, Universiti Teknologi Mara

Skudai, Johor

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya Cikgu Rasyidah Yusuf Fokus pengajaran saya ialah 3M iaitu Membaca, Menulis Dan Mengira. Saya juga mengajar subjek Bahasa melayu, Bahasa inggeris , matematik dan sains bagi sekolah rendah tahun 1, tahun 2 dan tahun 3. Di my tutor saya juga cenderung untuk mengajar pelajar sekolah tadika 5 tahun dan 6 tahun serta pelajar sekolah rendah iaitu pelajar tahun 1, tahun 2 dan tahun 3. Selain itu, saya juga fokus pada subjek Bahasa Melayu bagi pelajar sekolah menengah tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Saya berpengalaman setahun lebih dalam bidang ini dan saya amat meminati dalam menceburi bidang mengajar ini sehingga sekarang. Saya juga berpengalaman mengajar pelajar secara bersemuka dan secara atas talian.
Teknik Pengajaran
Untuk subjek 2M atau 3M saya menggunakan teknik fonik dan Beberapa kaedah lain seperti didik hibur. Saya juga menggunakan flash card untuk memudahkan pelajar. Bagi pelajar yang berkeperluan khas saya akan sediakan teknik khas bagi memberikan fokus lebih untuk pelajar.
Manakala, untuk subjek sekolah rendah bagi tahun 1, 2, dan 3, saya akan mengajar pelajar mengikut topik berserta penerangan dan latihan topikal serta latihan pengukuhan. Saya juga akan memberikan beberapa ujian tambahan seperti ujian pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun kepada pelajar. Dengan teknik pengajaran seperti ini, pelajar dapat memahami serta mempelajari setiap subjek dengan lebih memuaskan dan terperinci.

Objektif dalam pengajaran dan pembelajaran saya dan pelajar ialah untuk meningkatkan potensi pelajar serta meningkatkan kefahaman pelajar dalam setiap subjek yang dipelajari. Saya juga berkemampuan untuk memberikan impak positif kepada pelajar agar lebih fokus dan berdisiplin dalam pelajaran.
Saya akan berusaha dalam mendidik pelajar seorang yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah.
Ingin saya bantu anak anda? Hubungi saya hari ini.
Penilaian & Maklumbalas

NURAWIRDA BINTI KAMARUDIN : Prasekolah - 3M

Kelas berjalan seperti yang dijadualkan.

PUAN SOFIAH BINTI HJ SHUKOR : Prasekolah - 3M

Bagus

PUAN SOFIAH BINTI HJ SHUKOR : Prasekolah - 3M

Hadir kelas pertama, tidak dapat teruskan kerana jadual bertukar

Siti Saleha : Prasekolah - 3M

Sesi pembelanjaran amat memuaskan.

Nurafiqkha Binti Abdul Rahim : Prasekolah - 3M

Bagus

Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BM Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3