Profile Picture

Mohamad Fakhrurazzi *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Manufacturing Engineering

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Telah Bergraduasi)

Batu Caves, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya seorang Tutor yang bertanggungjawab untuk mengajar dan mengulang kaji pelajaran kepada individu dan kumpulan pelajar kecil hingga sederhana. Saya sentiasa mengenali kelemahan dan kelebihan dalam setiap pelajar dan memotivasikan mereka secara individu untuk peningkatan holistik. Saya mengatur, memberi, dan menilai tugasan serta menguji pelajar untuk mengenali kemajuan mereka sambil mengenal pasti bidang-bidang penting yang perlu dipertingkatkan dalam setiap subjek.Selain itu, saya juga membantu pelajar secara individu dengan kerja rumah, tugasan, kemahiran interpersonal, motivasi, projek,pengucapan awam, dan pembentangan untuk hasil yang efektif. Saya melaksanakan strategi dalam menyusun pelan pembelajaran untuk diberikan kepada pelajar agar selari dengan tugasan. Saya menyimpan rekod prestasi akademik dan mengaplikasikan maklumat ini untuk menangani bidang-bidang yang perlu diperbaiki oleh pelajar.Antara pencapaian saya adalah berjaya menggabungkan teknik Feynman dan sistem Leitner untuk memastikan pelajar dapat menghafal formula kompleks dengan mudah dan dengan cara yang mudah difahami. Selain itu, saya juga berjaya membantu pelajar meningkatkan gred mereka dalam Fizik dan Matematik dari gred D kepada gred B dalam masa 2 bulan dengan memberi tumpuan kepada latihan soalan tahun lepas dari peperiksaan SPM. Saya juga memberikan motivasi, dan melatih pelajar untuk soft skill yang lain seperti bidang pengacaraan, public speaking, leadership, decision making, critical thinking, team work dan sebagainya. Bagi saya, akademik itu sangat penting, tapi jika akademik sahaja tanpa soft skill yang lain sesi pembelajaran akan menjadi kurang sempurna. Oleh itu, saya sentiasa menerapkan kedua dua nya korikulum dan kokurikulum dan sesi pembelajaran dan pengajaran.
Teknik Pengajaran
Memulakan pembelajaran dengan memberi gambaran secara menyeluruh tentang apa yang akan dipelajari tentang topik itu. Kemudian akan memberikan latihan berdasarkan situasi sebenar dan kaitkan dengan aplikasi dalam kehidupan sebenar. Menggunakan teknik Feynman dan Sistem Leitner untuk memastikan pelajar dapat menghafal formula kompleks dengan mudah dan cepat.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 5, Tingkatan 3, Tingkatan 5
Matematik Darjah 6
P. Islam Darjah 6, Tingkatan 3
Mengaji - Al-Quran Darjah 6, Tingkatan 3, Tingkatan 5
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Darjah 6, Tingkatan 3, Tingkatan 5
Sains - DLP Bahasa Inggeris Darjah 6, Tingkatan 3, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 3, Tingkatan 5
Fizik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 3, Tingkatan 5
Sains Tingkatan 3, Tingkatan 5
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 5