Profile Picture

Muhammad Faiz *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Seri Kembangan, Selangor

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang memiliki nyala rasa sebagai pendidik. Saya amat bersemangat untuk membantu anak didik saya memiliki kemajuan dalam pembelajaran. Saya merupakan seorang yang sedikit tegas namun peramah dan mempunyai unsur humor yang dihasilkan secara spontan. Saya akan sentiasa memastikan anak didik saya mencapai matlamat mereka. Saya juga suka membantu anak didik saya dari segi penyusunan jadual masa yang efektif. Saya sentiasa memahami kondisi dan keadaan fizikal dan mental anak didik saya.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan kaedah didik hibur serta menerapkan pembelajaran abad ke-21. Saya gemar untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) sebagai bahan bantu mengajar. Saya juga menyediakan beberapa teknik pengajaran yang dapat membantu murid untuk membina ayat. Saya gemar menggunakan elemen seni dalam pendidikan untuk menarik perhatian dan minat murid ketika mengajar.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 6, Darjah 5