mytutor_mobile
Profile Picture

Natasha Balqis *******

(Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Stpm

Pasir Gudang, Johor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Natasha. Saya merupakan Pelajar Tahun Akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Ekonomi dengan Kepujiaan. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 2 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah terutamanya bagi subjek Matematik. Bagi saya, matematik bukan sekadar subjek, tetapi skill yang sangat penting yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar dengan baik. Sebagai tutor, matlamat saya bukan sahaja untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah matematik, tetapi untuk membantu mereka menghargai keanggunan dan kekuatan pemikiran dalam subjek matematik. Saya akan sentiasa memastikan anak didik saya mencapai matlamat mereka dan seronok semasa belajar. Jadikan saya tutor anda hari ini! Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman dalam pendidikan kanak-kanak tabika dan sekolah rendah. Saya mengajar subjek matematik mengikut silibus sekolah pada masa kini agar sejajar dengan kefahaman dan apa yang dipelajari oleh pelajar semasa disekolah. Teknik pengajaran saya ialah lebih kepada "learn from the mistake" di mana saya akan sediakan set latihan dan jawab sambil dijelaskan satu persatu kenapa setiap jawapan itu salah atau betul. Saya turut menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Pelbagai pendekatan saya gunakan bagi memastikan para pelajar memahami ilmu yang diajar sebagai contoh saya akan menggunakan flashcard, kuiz online yang interaktif serta game yang mengaplikasikan subjek matematik. Kepuasan anak-anak dalam memahami sesuatu subjek dan mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Membaca - BM Darjah 1, Tadika, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Melayu Darjah 1, Tadika, Darjah 2, Darjah 3
Prasekolah - 3M Tadika