Profile Picture

Jiveetaa Ramasamy

Sarjana Muda - Sarjana Muda Perguruan (Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan)

Muar, Johor

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Miss Jiveetaa. Saya merupakan seorang guru/tutor yang berpengalaman selama 8 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek bahasa Inggeris merupakan subjek major saya manakala Matematik merupakan subjek minor. Saya guru terlatih selama lima tahun di Institut Pendidikan Guru dan mempunyai kemahiran pengajaran yang berfokus kepada abad ke-21. Saya telah melahirkan beberapa orang pelajar cemerlang Bahasa Inggeris dan juga Matematik. Saya juga sentiasa memastikan pelajar saya bersedia untuk bertutur dalam bahasa Inggeris mengikut kemampuan mereka. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar serta sentiasa memberi tips pembelajaran yang berkesan kepada murid-murid. Nak anak skor dalam Bahasa Inggeris dan Matematik serta tingkatkan keyakinan anak anda? Saya di sini bersedia untuk membantu anda.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 8 tahun dalam bidang pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar serta sentiasa menambah baik pengajaran saya mengikut kehendak semasa. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran seperti pembelajaran melalui lagu, permainan atas talian dan sebagainya. Pelbagai pendekatan dan cara pengajaran saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar dalam keadaan yang seronok dan tidak berasa tertekan. Aktiviti-aktiviti pengukuhan dan pengayaan sentiasa dilaksanakan bagi memastikan pelajar menguasai sesuatu topik yang diajar sepenuhnya. Melahirkan anak murid yang berkaliber dan membantu pelajar ke arah kecemerlangan dalam Bahasa Inggeris dan Matematik merupakan visi saya dalam dunia pendidikan ini.
Penilaian & Maklumbalas

PUAN ZURIATI BT SULAIHI : Bahasa Inggeris

Mohon ingatkan awal Jika ada perubahan dan ingatkan masa kelas sebelum mula. Keseluruhan baik

Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tadika
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tadika
Bahasa Tamil Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Prasekolah - 3M Tadika
Membaca - BI Tadika