Profile Picture

Munirah Binti *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Sains Dan Pengurusan Sumber Tumbuhan)

Universiti Malaysia Sarawak (Telah Bergraduasi)

Betong, Sarawak

Training Membaca

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Munirah. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama setahun dalam mendidik pelajar tadika (4, 5 dan 6 tahun), sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek Sains merupakan subjek major saya dalam dunia tutor, manakala Bahasa Melayu, Pendidikan Islam dan Sejarah merupakan subjek minor. Saya sangat sistematik dalam penyusunan modul dalam misi melahirkan ramai pelajar cemerlang. Selain itu, saya sering mengendalikan ceramah buat calon SPM di samping kelas-kelas dalam kumpulan yang besar. Meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar juga merupakan salah satu aspek penting yang saya tekankan agar murid sentiasa bersemangat dalam menimba ilmu. Nak tingkatkan kecemerlangan dan semangat anak-anak dalam menuntu ilmu? Ayuh hubungi Cikgu Munirah hari ini.
Teknik Pengajaran
Selama setahun dalam bidang pendidikan khususnya dalam talian, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar seperti kaedah peta minda dan penggunaan akronim. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan akronim merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan teruatmanya dalam talian saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya sentiasa fokus dan memahami ilmu yang diajar walaupun dalam talian. Selain itu, saya juga berpengalaman dalam mengaplikasikan kaedah fonik dalam subjek bahasa melayu khususnya buat pelajar tadika.
Penilaian & Maklumbalas

Puan Dayang Habibon : Bahasa Melayu

Sangat baik

Subjek
Subjek Tahap
Membaca - BM Darjah 1, Tadika
Sejarah Tingkatan 4
Sains Tadika, Darjah 1
Jawi Tadika