mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Iffah *******

(Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Diploma Dakwah Islamiyyah

Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) (Telah Bergraduasi)

Kuching, Sarawak

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Ustazah Iffah yang merupakan seorang tutor berpengalaman mendidik pelajar Prasekolah dan Sekolah Rendah tentang ilmu agama seperti Iqra, Ilmu Fardhu Ain dan sebagainya. Ilmu agama seperti ini adalah kewajipan bagi semua individu untuk mempelajarinya kerana akan digunakan untuk masa hadapan yang lebih cerah, dengan memberi pendedahan awal tentang ilmu-ilmu agama ini serta bahan bantu mengajar yang menarik akan membantu anak-anak anda mendalami dengan lebih mendalam tentang sesuatu ilmu agama. Mahukan anak anda mendalami dengan lebih terperinci tentang ilmu Al-Quran mahupun ilmu agama? Hubungi saya hari ini. Sekian Terima Kasih <3
Teknik Pengajaran
Saya akan menggunakan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada kesesuaian dan keupayaan seseorang pelajar. Hal ini kerana, tahap yang dimiliki oleh para pelajar adalah berbeza bagi setiap individu. Saya juga akan berusaha untuk meyakinkan anak-anak bahawa ilmu agama adalah ilmu yang menarik untuk dipelajari dengan menggunakan peta minda, power point yang menarik serta teknik pengajaran yang lebih kepada teknik didik hibur agar mereka semakin tertarik dengan sesebuah sesi pembelajaran. Selain itu, pelbagai pendekatan akan saya gunakan untuk memastikan para pelajar memahami ilmu yang saya ajarkan. Visi saya sebagai pendidik adalah memastikan pelajar cemerlang di dunia mahupun di Akhirat kelak. Amiin 🤲🏻
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1, Darjah 2
P. Islam Darjah 4
Asas Fardhu Ain KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 3
Membaca - BM Darjah 1