Profile Picture

Najihah Jamel

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Teaching Bachelor Of Arts Teaching Chinese To Speakers Of Other Languages

Beijing Language and Culture University (Telah Bergraduasi)

Bintulu, Sarawak

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Najihah, merupakan tutor yang mempunyai pengalaman selama 4 tahun dalam mengajar Bahasa Cina kepada bukan penutur jati. Fokus utama saya adalah untuk anak anak murid saya dapat bertutur, memahami dan memperbaiki struktur ayat dengan betul dalam bahasa Cina terutama sekali yang mengambil subjek Bahasa Cina sebagai subjek elektif di SK dan SMK. Selain daripada bahasa cina, saya juga mengajar subjek Sejarah untuk pelajar sekolah untuk menengah rendah. Saya akan bantu anak murid saya untuk tingkatkan tahap kefahaman mereka ke arah yang lebih baik dan fokus untuk cara menjawab soalan dengan betul.
Teknik Pengajaran
Untuk subjek Bahasa Cina saya juga selalunya akan menggunakan kaedah didik hibur, diikuti dengan pelbagai latihan berfokus supaya mudah untuk mengingat karakter, cara tulis, maksud dan sebagainya. Untuk subjek Sejarah bagi menengah rendah pula, saya akan memperkenalkan teknik yang sesuai untuk menjawab soalan KBAT yang sering dikatakan susah oleh pelajar. Selain itu akan membimbing murid untuk lebih memahami dan mengingati fakta Sejarah.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Cina untuk SK Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Darjah 1, Darjah 2
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3