mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Asyiqin *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - English Language And Literature Studies

Universiti Sains Malaysia (Georgetown) (Sedang Belajar)

Miri, Sarawak

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang mahasiswa tahun akhir bagi pengajian bahasa inggeris dan kesusasteraan. Saya telah bergiat aktif menjadi sukarelawan untuk fasilitator seminar pembelajaran sejak di bangku sekolah lagi. Semasa di universiti, saya telah mengadakan seminar bahasa inggeris untuk kursus kaedah pembacaan bahasa inggeris. Selain bergiat aktif dalam aktiviti ilmiah, saya juga aktif dalam bidang kokurikulum sebagai busker. Saya berharap agar fleksibiliti saya ini dapat memberi inspirasi kepada murid-murid untuk terus mementingkan pelajaran sekali gus tidak meninggalkan aktiviti luar yang mereka gemari.
Teknik Pengajaran
Semasa mengadakan seminar pembacaan bahasa inggeris di universiti, saya telah mengaplikasikan beberapa teknik pengajaran untuk mengawal bilik darjah dan menyampaikan isi pembelajaran dengan cara yang mudah difahami oleh para pelajar. Agak mencabar kerana terdapat beberapa pelajar yang kerap bertanyakan soalan ketika saya masih menerangkan isi pembelajaran. Namun, saya telah menyediakan beberapa aktiviti yang boleh memperbaiki pemahaman pelajar iaitu dengan melakukan kuiz menggunakan Kahoot!. Alhamdulillah, para pelajar menikmati sesi pembelajaran tersebut dan dapat memahami konsep dalam bentuk yang ringkas dan mudah diingati.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4
Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4
P. Islam Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4