mytutor_mobile
Profile Picture

Muhammad Syafiq *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Undang-undang Dengan Kepujian

Universiti Sultan Zainal Abidin (Gong Badak) (Telah Bergraduasi)

Kuching, Sarawak

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang graduan sarjana muda Undang-Undang yang suka akan isu semasa dan informasi terkini yang berlaku di seluruh dunia. Oleh kerana semangat ingin tahu yang tinggi dalam diri saya memberi satu semangat dan dedikasi buat saya untuk menyalurkan maklumat dan pengetahuan tersebut kepada anak didik saya. Saya seorang yang mudah didekati dan senang untuk berkomunikasi. Sentiasa ceria namun ada tegas pada ketika dan masa yang seharusnya. Saya percaya bahawa ilmu akan lebih mudah diserap sekiranya jarak antara mudir dan pelajar itu dapat dirapatkan, justeru, saya berpegang pada prinsip, ajar sampai faham dan ajar dengan memahami, supaya pelajar-pelajar saya lebih mudah menghadam pelajaran yang diajar. Oleh itu, jadikan saya tutor anda hari ini!
Teknik Pengajaran
Semua orang cakna bahawa subjek Sejarah merupakan satu subjek yang agak 'dry', oleh itu, mengambil pendekatan era globalisasi ini, saya lebih gemar mengadakan sesi PdP dengan menggunakan nota-nota dalam bentuk multimedia agar menarik minat pelajar untuk terus 'hadir' di dalam setiap kelas yang diadakan. Selain itu, saya juga akan memperkenalkan teknik-teknik hafalan sebagaimana yang saya sentiasa amalkan sepanjang saya berada di sekolah undang-undang dahulu.
Subjek
Subjek Tahap
Sejarah Tingkatan 4, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1, Tingkatan 5
Public Speaking Asas (Basic)