Profile Picture

Farah Nur *******

(tuition_job.class_type.Physical)

Sarjana Muda - Bachelor Of Accounting (Hons)- International Islamic University Malaysia (Uiam)

Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Berpengalaman sebagai Tutor Persendirian bagi peringkat Menengah Atas iaitu; 1. Pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) untuk subjek; - Ekonomi - Pengajian Perniagaan 2. Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk subjek; - Matematik (termasuk Mathematics for Dual Language Program-DLP) - Perniagaan - Ekonomi 3. Mempunyai kelayakan professional dalam bidang Perbankan iaitu 'Professional Banker" daripada Asian Institute of Chartered Banker (AICB) 4. Proaktif dan bermotivasi dalam membimbing pelajar yang lemah untuk subjek Matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Teknik Pengajaran
Matematik dan Mathematics DLP
1. Tutor menggunakan lembaran kerja topikal (worksheet)
2. Menjelaskan kepada pelajar fakta dan terma penting yang mesti jelas difahami
3. Setelah pelajar faham dan jelas, tutor akan membimbing pelajar menyelesaikan contoh-contoh soalan berkenaan topik yang sama
4. Tutor juga berkongsi soalan-soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan bentuk-bentuk soalan didalam peperiksaan.
5. Pelajar akan diberikan lembaran kerja untuk diselesaikan dirumah dan dibincang pada kelas akan datang bertujuan menyemak tahap pemahaman mereka dan kelemahan yang perlu dibantu selanjutnya.

Ekonomi, Perniagaan (SPM) dan Ekonomi, Pengajian Perniagaan (STPM)
1. Tutor akan berkongsi peta minda dengan pelajar sebagai panduan penjelasan dan pemahaman mudah setiap topik.
2. Pelajar juga diajar menggunakan kertas nota berpelekat (Sticky Notes) ketika kelas bagi menjawab soalan-soalan kertas 1 (subjektif) bertujuan menganalisa setiap pilihan jawapan agar dapat memilih jawapan yang betul dan tepat.
3. Bagi kertas subjektif (Esei), pelajar digalakkan menulis rangka jawapan dan fakta-fakta penting sebelum mula menulis jawapan secara keseluruhan.
4. Pendedahan kepada pelajar kepada soalan-soalan berbentuk peperiksaan sepanjang sesi kelas diadakan.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 4
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4
Perniagaan STPM - Tingkatan 6
Ekonomi STPM - Tingkatan 6