mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Fatny *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Usuluddin And Counseling With Honour (unisza)

Universiti Sultan Zainal Abidin (Kuala Nerus) (Telah Bergraduasi)

Bachok, Kelantan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya cikgu Fatny merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan mempunyai pengalaman dalam mendidik pelajar di peringkat Pra Sekolah atau tadika, Sekolah rendah dan menengah. Saya terlibat dalam bidang pendidikan bermula dari tahun 2018 lagi bermula dengan bekerja sebagai guru di salah sebuah PASTI selama 2 tahun mendidik kanak-kanak antara umur 4-6 tahun membaca, menulis, mengira, mengaji dan beberapa aktiviti yang merangsang minda mereka. Seterusnya, saya juga merupakan seorang guru di sebuah sekolah rendah swasta iaitu di Sekolah Rendah Integrasi Islam (SRITI) dan mengajar matapelajaran bahasa melayu, sains dan bahasa Arab saya seorang guru yang sangat mudah mesra dengan kanak-kanak dan juga remaja. Saya juga pernah mengendalikan kelas tambahan bagi matapelajaran pendidikan Islam, PSI dan PQS bagi pelajar-pelajar sekolah Menengah serta berkemahiran dalam memberi motivasi, semangat , keyakinan serta disiplin para pelajar yang saya kendalikan. Nak anak anda cepat membaca dengan cepat ??? Nak anak anda cemerlang dan tingkatkan keyakinan mereka untuk melangkah jauh kehadapan ?? Hubungi Saya Sekarang !!! Saya mempunyai pengalaman bekerja sebagaimana berikut : 1. Guru PASTI (2018 dan 2019) 2. Guru Ganti Sekolah Menengah Arab dalam subjek Jawi dan Bahasa Arab ( 2022) 3. Guru Ganti Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI TOK BACHOK) dalam subjek KAFA,Bahasa Melayu dan Bahasa Arab (2022) 4. Guru PASTI ( OGOS - OKTOBER 2022) 5. GURU MENGAJI QIRAATI (OGOS-OKTOBER 2022) 6. Guru tetap di SRITI TOK BACHOK, Kelantan (Kini)
Teknik Pengajaran
- Teknik pengajaran yang saya terapkan bagi pelajar yang baru atau sedang belajar membaca samada melayu atau inggeris, saya menggunakan kaedah fonik dan bunyi yang mudah untuk mereka mengenal huruf serta beberapa teknik lain yang sesuai dengan keupayaan pelajar.

- Bagi Pelajar yang belajar mengaji iqra', saya lebih suka menggunakan teknik kenal makhraj dan buat dimana sebelum pelajar mulakan bacaan iqra', mereka terlebih dahulu diajarkan tentang hukum tajwid dan bacaan supaya dapat diaplikasikan dalam bacaan tersebut.

- Bagi pelajar yang belajar subjk fardhu ain, jawi, bahasa arab dan beberapa subjek diniyah lain, saya menekankan akan pembacaan nota terlebih dahulu dan menggunakan contoh yang mudah agar pelajar mudah memahami apa yang disampaikan oleh guru.

secara keseluruhan, saya mengaplikasikan kaedah didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran setiap kali berlangsung. selain itu juga, saya akan sentiasa menyediakan nota berbentu ilustrasi dan peta minda agar pelajar mudah memahami akan sesuatu matapelajaran.

Kejayaan Demi Kebahagian merupakan visi saya dalam megajar dimana, kejayaan seseorang pelajar merupakan kebahagian buat guru dan ibubapanya.
Penilaian & Maklumbalas

Noor Saodah Binti Rosle : Bahasa Arab

Alhamdulillah guru yang bgs .. Anak saya pn berminat utk teruskan lagi

Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 1, Tadika, Darjah 2, Darjah 3, Tingkatan 1
P. Islam Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 6, Tingkatan 1
Bahasa Arab Darjah 1, Tadika, Darjah 2, Darjah 3, KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2
Membaca - BM Darjah 1, Tadika, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Mengaji - Iqra Darjah 1, Tadika, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Prasekolah - 3M Darjah 1, Tadika, Darjah 2, Darjah 3
Jawi Darjah 1, Tadika, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Membaca - BI Darjah 1, Tadika, Darjah 2, Darjah 3
Mengaji - Al-Quran Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Mengaji
Fardhu Ain Tadika
Matematik Tadika, Darjah 2, Tingkatan 1
Bahasa Inggeris Tadika, Darjah 2, Darjah 3
Pendidikan Moral Darjah 6
Ulum syariah - Akidah KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2
Ulum syariah - Ibadah KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2
Sirah KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2
Jawi dan Khat KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2
Adab ( Akhlak Islamiah) KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2
Asas Fardhu Ain KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2
Adab dan Sirah KAFA - Darjah 2
Sains Tingkatan 1