Profile Picture

Norazilawati Bt *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma / Stpm - E-commerce Trainer/ Higher National Diploma In Built Environmental (Twinning With Wolverhampton University, Uk)

Melor, Kelantan

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Hai, saya Cikgu Ra. Merupakan seorang tutor bebas('freelance') bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Saya boleh mengajar murid pra-tadika dan sekolah rendah. Selain itu saya juga berkebolehan mengajar subjek Asas Kemahiran Komputer kepada pelajar cilik, dewasa dan wargaemas. Sejujurnya saya memilih kerjaya ini kerana minat saya membantu bangsa saya maju. Niat saya ikhlas untuk membantu anak anda hingga berjaya. Jika anda berminat, jom hubungi saya hari ini, Inshallah saya sedaya-upaya membantu dan menjaga amanah yang diberikan.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman saya di dalam sektor pelbagai bidang (suasana bekerja di dalam universiti awam dan sektor export antarabangsa) di mana persekitarannya melibatkan saya berkomunikasi di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah banyak membantu saya untuk mengolah-cara bersesuaian dengan situasi dan keadaan. Bergantung kepada keupayaan para pelajar, saya akan cuba menerapkan teknik-teknik yang menarik . Saya juga menggunakan kaedah teknik belajar sambil berhibur di dalam mendidik agar mewujudkan suasana ceria murid disamping fokus untuk mencapai ke arah objektif pembelajaran. Pendekatan saya dengan memilih interaksi dua hala bersama murid dan melihat kecenderungan minat seseorang murid juga. Bagi memastikan para murid berupaya memahami ilmu yang diajar, pelbagai pendekatan akan saya gunakan . Walaupun hanya pengajar bebas 'Freelance' semestinya sebagai seorang pendidik, saya mengharapkan agar anak didik akan berjaya,cemerlang dan mempunyai akhlak yang baik.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Penyuntingan - Canva Asas (Basic), Pertengahan (Intermediate), Mahir (Professional)
Penyuntingan - Video Asas (Basic), Pertengahan (Intermediate)