Profile Picture

Siti Hasmah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Master Of Engineering Maths, University Of Bristol Uk

Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Cikgu mempunyai minat yang tinggi dalam mengajar subjek Matematik dan Matematik Tambahan memandangkan ia adalah subjek kegemaran Cikgu sejak dari bangku sekolah lagi. Selain itu, Cikgu suka membantu sesiapa sahaja bagi memahami dan mendalami kepentingan subjek ini dalam aplikasi kehidupan seharian. Sebelum menceburi bidang tutor, Cikgu pernah bekerja dalam bidang Audit dan Akaun.
Teknik Pengajaran
Cikgu fokus kepada teknik mengajar secara '1-to-1' kerana dapat mengenali kelebihan dan kelemahan setiap pelajar secara personal, seterusnya cuba membantu pelajar dengan lebih efektif. Secara amnya, Cikgu menekankan asas yang kukuh dahulu. Selepas itu, disusuli dengan teknik dan latihan serta sebab apa dan kenapa sesuatu kaedah itu digunakan. Setelah asas dan latihan diperkukuh, pelajar kemudian akan didedahkan dengan soalan berformat peperiksaan bagi setiap topik supaya dapat melihat aspek aplikasi dan sebagai pendedahan awal dalam menghadapi apa jua peperiksaan yang mendatang.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 4
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 4
Matematik Tambahan Tingkatan 4