Profile Picture

Ahmad Mustofa *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sijil Pelajaran Malaysia(spm) - Sedang Belajar Di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Nilai

Ampang, Selangor

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Salam perkenalan, saya Cikgu Mus. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman dalam mendidik murid sekolah rendah. Saya juga mengikuti pengajian di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG). Hal ini memberikan saya kelebihan kerana telah belajar pelbagai ilmu dan teknik berkaitan pengajaran dan pendidikan. Subjek bahasa Melayu merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Pendidikan Jasmani merupakan subjek minor. Saya juga sering mengendalikan program untuk murid di samping kelas-kelas dalam kumpulan yang besar. Saya juga mahir dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Inginkan anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan setiap murid. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Saya juga mengunakan TMK untuk menarik minat murid untuk belajar. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Darjah 3
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6