Profile Picture

Nik Siti *******

(Bersemuka)

Sarjana(master) - Master Of Science (Chemical Engineering)

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Sedang Belajar)

Shah Alam, Selangor

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Nik. Saya merupakan tutor yang berdedikasi dan kreatif dalam menyampaikan pengajaran. Saya seorang yang mudah didekati dan mesra terhadap pelajar dan ibu bapa. Memandangkan saya adalah seorang graduan degree dan sedang menyambung pelajaran master dalam bidang Chemical Engineering, subjek major saya adalah Matematik. Subjek minor saya adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains. Saya juga berkemahiran untuk mengajar Al-Quran dan subjek agama seperti Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Quran Sunnah, dan Jawi.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang akan digunakan adalah melalui latihan soalan tahun-tahun lepas. Saya akan memantau topik kelemahan pelajar sewaktu latihan tersebut dan akan menumpukan kepada topik tersebut pada kelas berikutnya. Saya juga akan memberikan kerja rumah kepada pelajar berkaitan topik terbabit. Apabila pelajar sudah mahir topik tersebut, saya akan menumpukan kepada topik kelemahan pelajar yang seterusnya. Saya juga akan selalu bertanya kepada pelajar akan kefahamannya terhadap topik yang diajar.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Inggeris Darjah 2, Darjah 1, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Mengaji - Al-Quran Mengaji, Darjah 1
Sains Darjah 2, Darjah 1, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Jawi Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1